Viral

“Mak arwah call menangis minta ihsan” – Ejen insurans tak mampu tolong buat ‘claim’ kes kemalangan langgar undang-undang

TRAGEDI hitam yang mengorbankan empat lelaki dalam kemalangan ngeri membabitkan 12 buah motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada pagi Sabtu terus hangat menjadi bualan netizen.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir penunggang motosikal yang didakwa sengaja menunggang secara berbahaya dan berlumba tanpa memikirkan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Rentetan daripada isu panas tersebut, seorang ejen insurans menerusi aplikasi Threads tampil berkongsi pengalamannya menguruskan tuntutan pampasan bagi kes kemalangan maut yang melibatkan aktiviti konvoi.

Kewujudan ‘dashcam’ menyebabkan banyak video kemalangan sering tular di media sosial. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh