ADAB merupakan perkara paling asas dan penting dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dalam keluarga tanpa mengira faktor usia.
Gara-gara isu sensitif ini, seorang gadis meluahkan rasa serba salah dan malu dengan sikap ibunya sendiri yang dianggap kurang menjaga adab serta sensitiviti orang sekeliling, terutama ketika waktu makan.
Menurut gadis itu, ibunya mempunyai kebiasaan pelik iaitu gemar ‘melepaskan angin’ atau kentut sesuka hati tanpa mengira keadaan, termasuklah ketika mereka sedang rancak menjamu selera bersama ahli keluarga lain.

Anak perlu menegur perbuatan ibu bapa yang boleh mendatangkan aib kepada keluarga. -Gambar hiasan AI





