PELAKON Ruhainies mendedahkan sumber pendapatannya bukan hanya bergantung kepada bidang seni semata-mata. Sebaliknya, kata Ruhainies dia turut menceburi pelbagai sektor lain demi kelangsungan hidup.
Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata, sukar untuk seseorang anak seni bertahan jika hanya mengharapkan satu sumber pendapatan memandangkan persaingan dalam bidang lakonan sangat mencabar.
“Ramai ingat pendapatan artis datang dari lakonan sahaja. Sebenarnya lakonan adalah salah satu pendapatan berterusan dan yang lain datang daripada kolaborasi, penampilan istimewa di acara tertentu, pelaburan dan banyak lagi.
TONTON VIDEO PILIHAN!







