PELAKON Jazmy Juma tampil mempertahankan diri selepas namanya dipetik susulan dakwaan mengenai seorang pelakon utama lelaki yang sukar memberikan kerjasama dan berlagak sombong di set penggambaran.
Terkejut dengan dakwaan tersebut, Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, menegaskan dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua kru dan pelakon di lokasi.
“Saya tidak tahu fasal ini dan saya rasa tidak pernah ada sebarang masalah dengan sesiapa sahaja di set. Saya cuba untuk berbuat baik dengan semua.

Jazmy sentiasa menjaga hubungan baik di set penggambaran.






