BERKONGSI kenderaan dengan rakan sepejabat untuk keluar makan tengah hari sememangnya menjimatkan selain dapat mengeratkan hubungan di tempat kerja.
Namun, situasi itu boleh bertukar menjadi beban apabila ada pihak seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang.
Itulah luahan seorang individu yang mendakwa sudah lebih setahun menjadi ‘pemandu tetap’ kepada rakan-rakan sepejabat setiap kali waktu makan tengah hari.

Menghulur ‘duit minyak’ atau membelikan sesuatu merupakan salah satu cara untuk berterima kasih kepada rakan yang menumpangkan kereta. -Gambar hiasan AI 



