SETIAP orang mempunyai rahsia yang disimpan apatah lagi ia mampu memberi kesan besar dalam kehidupan sekiranya ia diketahui umum.
Seorang wanita mendakwa dia dibuang dari tempat pengajian selepas rahsia mengenai kehamilan luar nikahnya terbongkar.
Menurut wanita ini, dia selamat melahirkan seorang bayi pada tahun lalu sebelum anaknya diserahkan kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya.





