HAMPIR setiap majlis perkahwinan pada masa kini menggunakan khidmat pengacara majlis (emcee) bagi memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar dan teratur.
Namun di sebalik kemeriahan sesebuah majlis, tugas tersebut tidaklah semudah yang disangka.
Ada kalanya pengacara berdepan situasi mencabar apabila perlu mengendalikan pelbagai kerenah tetamu dan ahli keluarga.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang lelaki berkongsi pengalaman ketika bertugas sebagai pengacara di sebuah majlis perkahwinan yang dicemari drama perselisihan pendapat mengenai pemilihan lagu latar.

Aktiviti karaoke di majlis kahwin boleh mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan tetamu. -Gambar hiasan AI
“Pengantin dah buat senarai lagu. Ada lagu Inggeris, kita mainkan sahaja ikut senarai yang diberi. Datang bapa saudara pengantin lain pula jadinya, terkejut ya.
“Dia cakap… kenapa mainkan lagu-lagu macam ni? Ni kan kampung! Buka la selawat ke apa ke. Lagu-lagu penjajah juga nak buka! Tukar sekarang,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lauk dah hidang tapi kena tunggu pengantin selesai bergambar… Anggap trend baru kenduri kahwin, lelaki sanggup balik tak makan!
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nak pergi majlis kahwin, tapi tersilap ‘terjah’ rumah buat kenduri arwah… Wanita segera minta maaf, reaksi tuan rumah memang tak disangka!
Jelas emcee berkenaan, dia sudah pun cuba menerangkan secara baik bahawa kesemua lagu tersebut dipasang atas permintaan dan pilihan pengantin sendiri.
Bagaimanapun, bapa saudara terbabit tetap berkeras dan mendesak agar playlist tersebut ditukar serta-merta dengan menggunakan alasan yang agak melucukan.
“Dia suruh tukar juga. Katanya nanti malu dengan orang kampung… awak pun malu nanti sebab orang tengok siapa yang mainkan muzik ni. Tukar sekarang.
“Kita pun turutkan saja. Tapi tak lama lepas tu datang pula adik pengantin, dia tanya kenapa tak mainkan senarai lagu pengantin. Ahhh pening,” katanya yang mula rasa nak ‘demam’ melayan situasi itu.
Menurut lelaki itu, situasi tersebut benar-benar membuatkan dia tersepit dan berada dalam dilema kerana terperangkap di tengah-tengah antara kemahuan raja sehari dan ego ahli keluarga yang lebih tua.
- Emcee kongsi pengalaman ditegur kerana memainkan lagu pilihan pengantin.
- Bapa saudara pengantin meminta lagu Inggeris ditukar kepada selawat.
- Emcee serba salah selepas adik pengantin mempersoalkan perubahan lagu.
- Situasi berjaya diselesaikan tanpa sebarang pertengkaran.
- Netizen berpendapat emcee hanya perlu mengikut permintaan pengantin.
Walaupun berdepan dengan situasi yang memeningkan kepala, dia menarik nafas lega apabila segalanya dapat dikendalikan dengan profesional tanpa mencetuskan sebarang pertengkaran.
“Saya tetap ikut playlist pengantin dan apa yang mereka minta daripada saya. Alhamdulillah, keadaan berjaya dikendalikan dengan baik. Tak ada sesiapa bergaduh. Benda boleh bincang,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan pengacara majlis hanya mengikut permintaan pihak yang membayarnya sahaja.
“Aku dulu abang saudara marah sebab mainkan lagu moden dan bukan lagu lama. Lepas tu dilarang karaoke. Aku kata majlis aku suka hati la nak pasang lagu apa pun. Terus diam.
“Selalunya bapa saudara dan mak saudara ni la terpaling famili. Datang sebagai tetamu sudah, jangan sibuk nak atur majlis anak saudara,” komen netizen.





