PENYANYI Marsha Milan mengakui masalah paru-paru yang dihadapinya menjadi antara perkara utama yang perlu diberi perhatian menjelang persiapan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Menurut Marsha, 41, pengalaman kehilangan suara ketika membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dan vokalnya.
“Saya memang ada masalah paru-paru, itu sajalah satu perkara yang perlu diambil perhatian lebih.






