PENONTON yang akan memeriahkan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan diingatkan supaya mematuhi etika dan garis panduan pemakaian yang ditetapkan penganjur.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, pihaknya tidak menghalang penonton untuk tampil bergaya mengikut kreativiti masing-masing, namun berharap semua yang hadir menghormati atur cara majlis dan etika pemakaian mengikut jantina.
“Semuanya bergantung kepada kreativiti bagaimana penonton nak ‘melaram’ datang tengok AJL. Cuma kami mengharapkan para pembeli tiket dapat menghormati atucara dan etika pemakaian mengikut jantina.

Nini (tengah) mengingatkan penonton untuk mengikut etika pakaian mengikut jantina.






