IBU bapa seharusnya lebih peka terhadap penampilan dan etika pemakaian, terutama apabila melangkah masuk ke kawasan sekolah yang menjadi tempat anak-anak menimba ilmu.
Menyuarakan kegusaran itu, seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menyaksikan sendiri gelagat beberapa ibu bapa khususnya golongan ibu ketika hadir ke sekolah agama dengan gaya pakaian yang disifatkannya kurang sesuai.
Menurutnya, dia bukannya mengharapkan mereka memakai jubah, namun memadai sekadar memilih busana yang lebih sopan dan pandai menjaga batas.

Pakaian ibu boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan anak di sekolah. -Gambar hiasan AI





