PENGACARA dan pelakon Raja Azura menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Abby Abadi yang ketika ini sedang berdepan ujian kekeluargaan bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 54, berkata dia percaya kemelut yang melanda hubungan dua beranak itu akan menemui titik nokhtah tidak lama lagi.
“Saya doakan semoga Allah memberikan Abby Abadi ketenangan dalam dirinya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah, dia akan berdamai dengan keluarganya.

Sebagai ibu, Kak Engku faham perasaan Abby Abadi.






