USAHAWAN selebriti, Cheta Pot Pet meluahkan rasa kesal apabila namanya turut dipetik susulan penangkapan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terbabit dalam kes dadah.
Tampil menjelaskan keadaan, Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, berkata dia memang pernah membintangi drama kepolisan itu, namun memegang watak berbeza tidak seperti didakwa segelintir netizen.
“Ewah, sedap saja kau main petik akak ya. Memanglah aku berlakon dalam Gerak Khas tapi aku bukan watak kepolisan, aku watak lain. Cabai mana cabai!” kongsinya dalam hantaran Threads.

Cheta tampil bersihkan namanya.





