PERJALANAN hidup yang sarat dengan fasa jatuh dan bangun mendorong pelakon dan penyanyi, Fazura tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Kisah Terbaik.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, lagu berkenaan menceritakan tentang bagaimana pengalaman lalu memberikan impak yang besar, selain mendidik dirinya menjadi individu yang lebih kuat dan ikhlas dalam menerima ketentuan takdir.
"Saya percaya setiap orang melalui fasa jatuh dan bangun, begitu juga saya. Ada banyak pengalaman yang mengajar saya tentang kekuatan, keikhlasan dan menerima apa yang telah ditentukan.







