PENYANYI Zaki Yamani tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa membuat satu hantaran berbaur fitnah mengenai dirinya.
Secara ringkas, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, mengingatkan individu berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
“Sekali lagi awak buat cerita pelik macam ini, surat saman sampai depan rumah awak,” katanya.

Komen ringkas zaki di Threads.






