PELAKON Kamal Adli mencuri perhatian warga maya selepas menitipkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran bekas isterinya, Uqasha Senrose.
Menerusi satu hantaran, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mendoakan agar aktres berkenaan sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.
Malah Kamal juga berharap agar Uqasha sentiasa melakukan yang terbaik dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada permata hati mereka iaitu Hawra Uqaira.

Hantaran Kamal Adli di Threads.






