KEHILANGAN seorang insan bergelar bapa sememangnya meninggalkan kesan yang amat mendalam.
Apatah lagi jika pemergiannya berlaku dalam tempoh yang begitu singkat tanpa ada sebarang petanda atau penyakit serius.
Begitulah luahan hiba seorang wanita yang sehingga kini masih terngiang-ngiang kata terakhir bapanya, sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun, 30 Jun lalu.






