FENOMENA muzik koplo yang semakin mendapat tempat di hati peminat bakal terubat menerusi konsert Koplove Live In Kuala Lumpur di VOX Live Kuala Lumpur, Platinum Park pada 1 Ogos depan.
Acara yang bermula pad pukul 8 malam itu bakal menampilkan dua DJ koplo popular dari Indonesia iaitu Start Koplo dan Lilo, serta diserikan DJ tempatan, DJ Alink.
Menurut wakil Ace Talents iaitu Azuein Alonto, pihaknya memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran kerana melihat sambutan terhadap muzik Indonesia di Malaysia semakin memberangsangkan.

DJ Start Koplo (kiri) dan DJ Lilo bakal bertemu peminat di Malaysia.






