BISMILLAH, itu kalimah yang didakwa meniti di bibir kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, sebelum menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Croatia pada pusingan 32 Piala Dunia, pagi Jumaat.
Bintang Al-Nassr FC itu dikatakan mengungkap kalimah tersebut sebelum tenang menyudahkan sepakan ke tengah gawang menewaskan penjaga gol, Dominik Livaković dalam aksi yang berlangsung di Stadium Toronto, Kanada.
Rata-rata peminat di media sosial mendakwa penyerang 41 tahun itu menyebut kalimah Bismillah iaitu ungkapan bahasa Arab yang bermaksud ‘dengan nama Allah’.





