PRESIDEN Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid, mahu memberi lebih banyak ruang kepada penyanyi wanita berasal dari Kelantan membuat persembahan di pentas besar, sekali gus memperkenalkan bakat mereka kepada khalayak yang lebih luas.
Menurut Ayob yang juga penerbit Konsert Kelate Ke KL 2026, peluang untuk penyanyi wanita mengadakan persembahan di negeri sendiri agak terhad.
Katanya, perihal itu sekali gus menyukarkan mereka menyerlah dalam industri hiburan.







