SEORANG gadis tampil menitipkan pesanan mendalam buat kaum wanita agar lebih berhati-hati sebelum berkongsi gambar di media sosial, selepas mendakwa dia kini trauma melalui dua pengalaman hitam.
Menurut gadis berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka dua lelaki yang sangat dikenalinya tergamak bertindak ‘gila’ dengan menyimpan koleksi gambar peribadinya tanpa pengetahuannya.
Katanya, insiden pertama yang dilaluinya itu melibatkan seorang rakan lelaki yang boleh dikategorikan agak rapat dengannya.

Perbuatan merakam gambar tanpa izin merupakan suatu jenayah. -Gambar hiasan AI
“Ceritanya bermula apabila saya memuat naik gambar di WhatsApp Story dengan kapsyen feel ugly today. Dia membalas dengan mengatakan saya sebenarnya cantik.





