PELAKON Zain Saidin sependapat dengan isterinya, aktres Rozita Che Wan, yang mahu anak perempuan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran sebelum menceburi bidang seni.
Zain, 42, berkata dia tidak akan menghalang anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana, 12, mengejar minat dalam bidang lakonan atau apa sahaja kerjaya yang diinginkan selepas menamatkan persekolahan.
"Saya bersetuju dengan Che Ta (panggilan Rozita) tidak beri dia (anaknya) berlakon sekarang. Saya mahu dia habiskan sekolah dulu.

Zain dan Che Ta utamakan pendidikan anak.

Aaisyah sebenarnya seorang yang pemalu.



