WANITA yang melalui fasa kehamilam sewajarnya memerlukan perhatian dan sokongan daripada insan terdekat, lebih-lebih lagi apabila diuji dengan komplikasi kesihatan serius.
Namun, berbeza pula nasib seorang wanita ini yang berdepan tekanan emosi apabila keadaan kesihatannya dipandang remeh oleh ibu mentua sendiri.
Menurut wanita itu, dia sedih apabila ibu mentuanya seolah-olah tidak memahami keadaan kesihatannya sehingga mempersoalkan tindakan suami yang mempertahankan dirinya.

Sokongan daripada orang sekeliling amat penting ketika melalui fasa kehamilan. -Gambar hiasan AI



