PENJAGA gol Palestin, Saleem Al Ashqar, dilaporkan terbunuh selepas menjadi mangsa tembakan tentera Israel di Gaza, menurut Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).
PFA dalam satu kenyataan rasmi menzahirkan rasa dukacita atas kematian Al Ashqar, sekali gus mendedahkan dia merupakan antara ratusan tokoh dan ikon sukan Palestin yang telah terkorban sejak konflik berdarah itu meletus pada Oktober 2023.
Pemergiannya berlaku ketika peminat bola sepak di seluruh dunia sedang meraikan kejohanan antarabangsa, termasuk Piala Dunia FIFA 2026.





