PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi nasihat kepada seorang pengguna media sosial menyentuh hubungan kekeluargaan serta kasih sayang ibu bapa.
Membalas satu hantaran di Threads, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berpendapat seorang anak tidak seharusnya mengharapkan panggilan atau ucapan daripada ibu bapa setiap kali tiba sambutan ulang tahun kelahiran.
“Saya nak kongsi, selalunya kita memang harap orang beri ucapan hari lahir, terutama sekali ayah dan ibu. Tapi boleh tak kita tukar persepsi itu?

Komen balas Siti di Threads.






