PENYANYI Haqiem Rusli mengakui alam perkahwinan banyak mengubah dirinya daripada seorang lelaki beremosi kepada individu yang lebih tenang dan matang berdepan pelbagai situasi.
Malah, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata, selepas mendirikan rumah tangga, isterinya kerap memberi teguran membina berkaitan sikap dan cara berfikir sebagai seorang suami dan anak seni.
"Alam perkahwinan memang banyak mengajar saya menjadi manusia lebih baik. Dulu saya seorang yang emosional. Kalau terasa hati atau tercetus sesuatu isu, saya terus membalas dalam media sosial.

Haqiem tidak mahu orang bosan dengan penampilannya.






