TINDAKAN pelakon Syahir Shafein tampil dengan kelainan menggayakan set kurta semasa melakukan sukan Hyrox mengundang pelbagai reaksi ramai.
Syahir, 31, menjelaskan tindakannya berpakaian seperti itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai usaha untuk menyuntik kesedaran kepada masyarakat mengenai aurat.
“Saya tidak melihatnya sebagai mahu menunjuk. Saya melihatnya sebagai satu cara untuk memberi kesedaran.







