SEORANG pengguna Threads meluahkan rasa simpati selepas melihat penyanyi Aisha Retno tertidur ketika sedang disolek sebelum memulakan urusan kerja.
Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memuat naik semula video daripada Instastory Aisha yang memaparkan penyanyi tersebut tertidur ketika proses solekan berlangsung.
“Nak nangislah tengok ni. Biasanya kita tengok orang lelaki kalau makan nampak kasihan, ni Aisha tidur pun nampak kesian,” katanya.

Peminat prihatin terhadap kesihatan Aisha.





