PELAKON Meerqeen menyangkal dakwaan segelintir netizen yang menuduh kononnya dia sedang meluangkan masa iaitu ‘dating’ bersama teman wanitanya di Canggu, Bali, Indonesia pada Selasa.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata wanita yang dikaitkan itu bukan kekasihnya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Malah Meerqeen menjelaskan keberadaannya di situ adalah bagi menghadiri sebuah acara yang turut dihadiri tetamu lain.

Kenyataan Meerqeen di Threads miliknya.






