HASRAT untuk menyewa rumah idaman bertukar menjadi mimpi ngeri bagi wanita ini apabila pemilik rumah tidak menepati perjanjian asal ditetapkan.
Tidak hanya itu, dia turut berputih mata selepas wang berjumlah RM3,800 yang diberikan sebagai deposit sewaan, tidak dipulangkan pemilik kediaman berkenaan.
Di sebalik meluahkan kesedihan yang dialami, dia tampil mempersoalkan sistem perundangan negara susulan individu terbabit didakwa ingin mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis selepas dituntut memulangkan semula wang yang diambil.






