BAKAL menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 70 pada 2 Julai ini, penyanyi Zaiton Sameon tidak mempunyai sebarang hajat lain selain memasang impian untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Zaiton berkata, hasratnya itu bukan mahu pergi berseorangan, tetapi ditemani oleh anak angkat yang banyak berkorban menjaganya selama ini.
“Saya doa untuk pergi haji pula. Memang teringin nak pergi ke sana sebab sebelum ini hanya dua kali sahaja menunaikan umrah.

Zaiton berkongsi perkara itu pada Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026.






