SETIAP individu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, termasuk soal jodoh dan perkahwinan.
Namun, masih ada segelintir dalam kalangan masyarakat gemar menjadikan status bujang seseorang sebagai bahan gurauan tanpa memikirkan kesannya terhadap perasaan individu berkenaan.
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi sasaran sindiran seorang rakan lelaki hanya kerana dia masih belum berkahwin meskipun usianya sudah mencecah lingkungan 40-an.

Kita diingatkan untuk saling menegur dengan berhikmah sekiranya perbuatan rakan dianggap melampaui batas. -Gambar hiasan AI



