PESERTA program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Viviana mendedahkan dia berdepan dengan tindakan buli siber yang melampau sehingga maruahnya sebagai seorang wanita direndahkan.
Lebih mengejutkan, Viviana, 20, berkata selain menghantar mesej makian di Instagram (IG) ada individu tergamak menggelarnya dengan panggilan ‘pelacur’ hanya kerana dia menari ketika melakukan persembahan di atas pentas.
“Sebenarnya saya tak kisah pun kalau nak menghina ke apa ke, sebab kita tahu sesetengah orang suka dan tak suka bakat saya. Tetapi cerita dia, ada orang terus DM saya.

Viviana berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






