PENYANYI Noraniza Idris tidak menyimpan harapan tinggi untuk menerima pinangan daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai rakan duet dalam konsert tradisional yang bakal berlangsung pada Oktober depan.
Noraniza atau mesra disapa Kak Ani, 58, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada rezeki dan sentiasa akan memberikan sokongan terhadap Siti Nurhaliza kerana mengangkat muzik dan irama tradisional.
"Kalau tiada tawaran pun tidak mengapa. Saya akan tetap menyokong, insya-Allah. Sokongan tidak semestinya perlu berada di atas pentas.

Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






