MENJALANI latihan industri bukan sekadar memenuhi syarat pengajian, sebaliknya menjadi peluang untuk pelajar menimba pengalaman sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.
Di Threads, seorang individu meluahkan rasa hairan dengan sikap seorang pelatih industri di syarikatnya didakwa lebih banyak menghabiskan masa bersendirian tanpa menunjukkan minat berinteraksi dengan rakan sekerja atau mempelajari perkara baharu.
Menerusi perkongsiannya, individu berkenaan mendakwa pelajar tersebut hadir ke pejabat seperti biasa setiap hari tanpa melakukan apa-apa sepanjang hari.






