Hiburan

Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

TEKA teki mengenai peserta misteri Big Stage X Rocketfuel akhirnya terjawab apabila penyanyi Hussain diumumkan sebagai peserta ke-11 program berkenaan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam Ahad.

Hussain yang juga naib juara Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) membuat kemunculan dengan mendendangkan lagu Lelaki Ini yang pernah dipopularkan oleh Anuar Zain.

Malah, penyanyi itu turut menyapa para penonton dengan melambai tangan sebaik sahaja selesai membuat persembahan.

Hussain, Cik B dan Azeva terlibat dengan program Big Stage kali ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh