ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya berkongsi wajah anak perempuan mereka, Elaine Nada, sempena ulang tahun kelahiran pertama kanak-kanak itu.
Fara, 34, berkata, dia membuat keputusan itu sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus bertanyakan khabar mengenai keadaan anaknya.
“Sempena ulang tahun dia, kita kongsilah sedikit sebab ramai yang bertanya keadaan Nada. Lepas ini kita sorok balik,” katanya kepada mStar.

Fara bahagia besarkan anak sulungnya.






