PEMAIN gitar kumpulan rock Barbarik iaitu Joe mendedahkan rahsia kumpulannya kekal bertahan dan relevan dalam industri muzik arus perdana adalah dengan sentiasa menghasilkan produk baharu secara berterusan.
Jelas Joe yang lebih dikenali sebagai Jo Branko, 57, seseorang penyanyi mahupun sesebuah kumpulan tidak sepatutnya hanya bergantung kepada karya lama bagi memastikan mereka terus relevan di persada seni.
“Bagi saya, rahsia untuk kekal relevan adalah kena selalu keluarkan lagu single ataupun album. Sebab pengikut ataupun peminat ini nak tengok yang kita ini serius dalam bidang ini.

Joe sentiasa pandang serius mengenai kerjaya seninya.






