PELAKON dan pengacara Yana Samsudin berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Samsudin Jamuri yang meninggal dunia pada petang Sabtu.
Menurut Yana, 42, arwah sebelum ini menerima rawatan selepas rebah ketika sedang berzikir sejurus selesai menunaikan solat pada Khamis lalu.
“Dengan penuh dukacita Yana Samsudin, memaklumkan bahawa abah saya, Haji Samsudin Jamuri, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.50 petang, Sabtu, 27 Jun 2026, bersamaan 11 Muharram 1448H.






