PELAKON Jazmy Juma mengejutkan peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Farah Athirah Rozman dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haffizan Ibrahim berwakil walikan abang pengantin perempuan, Muhd Azmeer Rozman.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Seri Seroja Putrajaya, Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Jazmy (kanan) dan Farah Athirah (kiri) selamat bernikah pada pagi Sabtu.





