ISTERI kepada pelakon Ikmal Amry iaitu Najla Samshul selamat bersalin anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi, Jumaat.
Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, berkata, bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi proses pembedahan dan keadaan kesihatan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah sihat. Anak nombor tiga ini paling rasa mudah dan dipermudahkan.

Ikmal Amry kongsi wajah anak di Instagram miliknya.






