HASRAT pelakon Irfan Zaini untuk menceburi dunia lakonan pada awalnya tidak dipersetujui oleh ibu yang menganggap bidang seni hanyalah sekadar hobi yang tidak mampu menjamin masa depan.
Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata keluarganya yang berpegang teguh kepada ajaran agama juga menjadi sebab kerjaya ini sukar diterima oleh ibunya.
“Dalam rumah saya semua orang alim (kuat agama) sikitlah. Solat lima waktu, setiap malam Jumaat baca surah Yasin… mereka juga tak tengok drama sangat.

Irfan seronok berlakon menghiburkan penonton.






