KEPERCAYAAN ibu bapa terhadap pengasuh menjadi antara perkara paling penting apabila anak-anak ditinggalkan di bawah jagaan orang lain ketika mereka keluar bekerja.
Namun bagi seorang wanita, satu kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri ketika menghantar anak ke rumah pengasuh membuatkan dia kini berdepan dilema dan sukar membuat keputusan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu berkata kejadian berkenaan berlaku pada waktu pagi ketika dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh sebelum masuk bekerja seperti biasa.






