Viral

Lagi 3 bulan nak kahwin tapi jiwa runsing… Wanita geram bekas kekasih tunang jenis muka tembok, hari-hari gigih hantar makanan!

BERBAKI tiga bulan sebelum naik pelamin, namun persiapan sepasang bakal pengantin dihimpit mimpi ngeri apabila diganggu ‘bayangan’ masa lalu.

Bukannya tak cuba pertahankan hubungan, tapi taktik licik bekas kekasih yang masih tidak boleh menerima hakikat perpisahan benar-benar menguji kesabaran.

Kisah cemas ini dikongsikan seorang wanita di laman sosial yang mengakui jiwanya kini kacau dan runsing.

Menurut wanita tersebut, dia buntu selepas mengetahui bekas kekasih kepada tunangnya masih berusaha mendekati lelaki itu, walaupun mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga bulan lagi.

Individu yang kecundang dalam hubungan percintaan atau perkahwinan lazimnya mengambil masa untuk kembali ‘pulih’. -Gambar hiasan AI

“Sedih dapat tahu bekas kekasih kepada tunang saya hampir setiap hari hantar makanan dekat dia.

“Walaupun tunang saya dah sekat dia, tapi dia gigih hantar makanan guna platform e-dagang. Makanan yang dihantar pula memang kegemaran tunang saya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut pengadu lagi, situasi itu membuatkan dia semakin risau kerana wanita berkenaan mengetahui status pasangannya yang sudah bertunang, namun masih meneruskan tindakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh