PELAKON Vanidah Imran mendedahkan dia kini sedang berusaha ke arah menutup aurat dengan sempurna dan berharap niat untuk istiqamah berhijab dapat dilaksanakan dengan baik.
Vanidah, 53, berkata hasrat untuk memakai hijab sentiasa ada dalam dirinya dan dia kini mengambil langkah secara perlahan-lahan ke arah perubahan tersebut.
"Doakan saya kerana perkara itu (menutup aurat) pasti berlaku.

Vanidah mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.






