ANAK usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B berharap ibunya tidak terburu-buru membuat keputusan untuk kembali berumah tangga sekiranya bertemu calon yang sesuai.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata mana-mana lelaki yang ingin mendekati ibunya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk saling mengenali sebelum memikirkan soal perkahwinan.
“Saya sayang mama dan belum bersedia untuk berpisah dengannya. Kami tidur sekali, jadi kalau ada lelaki dalam hidup mama nanti, takkan saya nak tidur di tengah pula.

Cik B belum sedia berjauhan dengan ibunya.






