Viral

Cikgu disiplin kongsi POV… Rupanya ada beza murid kelas belakang lepas habis sekolah, lain sangat dengan budak pandai!

PERBEZAAN sikap pelajar mengikut aliran atau kedudukan kelas sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan warga pendidik.

Malah pengalaman setiap guru juga berbeza-beza bergantung kepada kelompok pelajar yang pernah mereka didik.

Pengalaman mengendalikan pelajar di kelas hadapan berbanding kelas belakang memberikan impak tersendiri, termasuklah seperti yang dikongsikan oleh seorang guru wanita ini menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut guru yang menggalas tugas berat sebagai guru disiplin ini, pelajar daripada kelas belakang, termasuklah mereka yang pernah mempunyai rekod disiplin sebenarnya lebih cenderung untuk menghargai dan meraikan guru mereka.

“Saya simpulkan, murid kelas belakang termasuk yang ada kes disiplin lebih cenderung meraikan kita sebagai guru. Jumpa di mana-mana walaupun mereka dah habis sekolah, tetaplah tegur cikgu.

Setiap guru pastinya mengharapkan pelajarnya berjaya selepas tamat pengajian di sekolah. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh