STESEN radio Era menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya penyampai segmen 3 Pagi Era, Azad Jazmin, digantung atau direhatkan daripada tugasnya.
Dalam satu kenyataan, Era menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.
“Era mengambil maklum mengenai dakwaan yang tular di media sosial mengenai penyampai 3 Pagi Era, Pak Azad (panggilan Azad) digantung kerja.






