TERLIBAT sebagai salah seorang pelakon dalam drama Good Boys Go To Heaven (GBGTH) memberi kesan besar buat aktres baharu, Mila Mohsin dalam kehidupannya di luar waktu penggambaran.
Menurut Mila atau Hani Karmila Hani Mohsin, 29, tidak mudah untuk dia terus melupakan watak Maureen yang juga memberi impak penting terhadap drama tersebut.
Bahkan, melihat sendiri setiap pelakon menjiwai watak masing-masing juga dirasakan seperti sebuah kisah realiti.

Mila kongsi pengalaman bawa watak Maureen.






