HASRAT dua lelaki etnik Rohingya mendaftarkan isteri masing-masing yang ingin bersalin di sebuah hospital kerajaan berdepan kesukaran selepas tidak mempunyai wang deposit.
Kedua-dua lelaki itu dimaklumkan petugas kaunter mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM2,800 sebelum proses pendaftaran dapat dilakukan.
Bagaimanapun, kedua-dua lelaki terbabit memaklumkan mereka tidak mempunyai wang mencukupi, malah seorang daripadanya hanya memiliki RM1,000 yang didakwa dipinjam daripada rakan.






