DALAM sesebuah hubungan, kejujuran mengenai kisah silam sering dianggap sebagai satu langkah penting untuk membina kepercayaan.
Namun kadang kala ia boleh menjadi punca konflik emosi yang sukar diabaikan seperti dialami wanita ini.
Malah dia secara terbuka mengakui berada dalam dilema selepas mengetahui kisah silam teman lelakinya, meskipun lelaki itu memiliki banyak ciri pasangan idaman.






